Dahulu dikenali sebagai Pusat Akuatik Sarawak, kemudahan berenang dan menyelam yang canggih ini telah dinamakan semula oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong. Ini adalah untuk menghormati ratu terjun Malaysia, Pandelela Rinong Pamg, yang telah memenangi pingat dalam Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Olimpik London 2012.
Pusat akuatik ini terletak di Kompleks Sukan Sarawak di Petra Jaya, Kuching, dengan pembinaan yang mematuhi piawaian antarabangsa untuk menganjurkan Sukan Malaysia 2016 (SUKMA) dan Sukan SEA 2017. Kumudahan ini terdiri daripada kolam pertandingan saiz Olimpik; platform menyelam; serta kolam latihan dan rekreasi.
Semua kolam dibina mengikuti piawaian terkini Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2013-2017 dan telah diluluskan oleh Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).
Kompleks renang yang luas ini termasuk ruang parkir yang mencukupi; ruang pejabat; bilik persidangan; bilik kawalan; skrin LED; boulevard; kawasan perayaan; pusat media dan maklumat, serta mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 2,070.
Kawasan:
Tempahan awal diperlukan bagi mereka yang berminat untuk menggunakan mana-mana kemudahan yang tersedia di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pemasaran Perbadanan Sukan Sarawak.
Jln Diplomatik, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia