12 Jan ‘SSC MELAKAR HALA TUJU BAHARU UNTUK SARAWAK’
KUCHING : Penubuhan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan menggerakkan sukan di negeri ini ke arah baharu dan memudahkan persiapan lebih lancar menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 akan datang.
Ini jaminan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan yang juga menteri yang menjaga sukan di Sarawak.
Ahli lembaga pengarah SSC, tambahnya, akan kerap bertemu untuk menyelia pengurusan perbadanan itu dalam bidang seperti persembahan sukan dan aspek kewangan.
“SSC mempunyai struktur organisasi yang dibentuk, fungsi dan peranannya ditakrifkan. Skop itu akan meliputi pengurusan dan penyelenggaraan kompleks sukan di seluruh Sarawak dan pelan tindakan yang mengikut tema dan objektif strategik akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan akhbar SCC yang disediakan semalam.
SSC mengadakan mesyuarat pertama lembaga pengarahnya pada 6 Jan di bilik persidangan Stadium Negeri di Petra Jaya di sini. Ini susulan pengumuman awal Mawan bahawa operasi SSC berkuat kuasa pada 1 Jan tahun ini.
Mesyuarat lembaga julung kali dipengerusikan oleh Mawan. turut dihadiri timbalan pengerusi I Datuk Lee Kim Shin, timbalan pengerusi II Kameri Affandi, setiausaha Dr Ong Kong Swee dan ahli Dato Patrick Liew, Sunny PH Si, Muhd Haneef Ali, Haris Ishak, Ambrose Jarit, Nicholas Sia dan Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi.
Sumber: The Borneo Post