Galeri Foto

Rules Of Fitness – 21 April 2018 @ Stadium Tertutup, Petra Jaya

Sorotan Kejohanan Boling 10-Pin Antarabangsa Sarawak 2017 baru-baru ini yang telah diadakan pada 6 – 9 September 2017 di Pusat Boling 10-Pin Megalanes Emart Batu Kawah. Lebih 200 peserta dari lebih 5 negara termasuk pemain terkemuka dari tuan rumah, Malaysia mengambil bahagian dalam acara 4 hari itu yang dianjurkan oleh Persatuan Boling Amatur (10-Pin) Sarawak (ABAS).

Sorotan Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-31 baru-baru ini yang telah diadakan di Stadium Sarawak di Petra Jaya, Kuching pada 22 – 23 Julai 2017. Lebih 700 atlet veteran dari 10 negara berbeza termasuk tuan rumah Malaysia bertanding dalam acara 2 hari itu yang telah diisytiharkan terbuka oleh Yang Berhormat, Datuk Patinggi Abang Johari Bin Tun Haji Abang Openg.

Perlawanan persahabatan bola sepak antara bekas Ngap Sayot Sarawak vs Sarawak Sports Corporation (SSC) FC yang diadakan di Stadium Sarawak di Petra Jaya, Kuching baru-baru ini. Perlawanan menarik itu disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (MTACYS) Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Dr Ong Kong Swee.

Sarawak Sports Corporation