Penubuhan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dibuat selepas pemansuhan Ordinan Perbadanan Stadium Sarawak 1972 (Ord. No. 1/72) dan Ordinan Perbadanan Stadium Sarawak (Pemansuhan) 2007 (Cap. A 135). Ordinan berkanun SSC ialah Ordinan Perbadanan Sukan Sarawak 2009 yang berkuat kuasa selepas diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 Mei 2009.

